GANTI puasa Ramadan bukan sekadar pilihan, sebaliknya satu kewajipan kepada setiap Muslim yang meninggalkan ibadah tersebut atas sebab tertentu.
Bagi wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syarie seperti haid, tuntutan untuk menggantikan puasa itu tetap terpakai sebaik sahaja mereka mampu melaksanakannya sebelum tibanya Ramadan seterusnya.
Namun tidak dinafikan, masih ada dalam kalangan wanita yang dilihat mengambil ringan soal mengganti puasa walaupun tempoh setahun dianggap mencukupi untuk berbuat demikian.







