SUASANA masjid kembali meriah dengan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat sunat tarawih termasuk kanak-kanak.
Namun, kehadiran anak-anak ketika solat tarawih turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan jemaah dewasa.
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terganggu dan berharap ibu bapa tidak membawa anak-anak yang belum matang ke masjid.






