GELAGAT pelakon Kamal Adli berinteraksi dengan peminat di media sosial sempena Ramadan mencuit hati ramai.
Kamal yang sebelum ini berjanji mahu menjadi ‘penggera’ untuk mengejutkan peminat bersahur, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila dia sendiri gagal bangun pada waktu ditetapkan.
Dalam nada berseloroh, ramai mula mengusik pelakon itu yang ‘terlepas’ sahur pada hari pertama berpuasa.

Kamal berseloroh terlepas waktu sahur.






