SEJAK awal kemunculan dalam industri muzik, kumpulan Alpha bukan sahaja dilihat berjaya mencipta satu fenomena baharu bahkan turut menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat di sosial media.
Sedar akan situasi itu, salah seorang anggotanya iaitu Izat Ibrahim menganggap perkara tersebut berlaku disebabkan keterujaan peminat yang sentiasa memberi perhatian terhadap mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, kami ini band baharu. Jadi keterujaan netizen dan peminat memang sangat tinggi. Sudah lama tak ada boy band yang benar-benar aktif seperti kami.

Izat mewakili Alpha memahami kehendak peminat.






