PENYAMPAI radio Sharifah Shahirah meluahkan rasa kecewa apabila anaknya, Airra Zulkifli, didakwa menjadi mangsa fitnah selepas selesai membuat persembahan di sebuah acara di Petaling Jaya, Selangor pada 15 Februari lalu.
Shahirah atau mesra disapa Shiera, 52, berkata pada awalnya Airra, 19, hanya ingin mencuba peluang membuat persembahan bersama rakan-rakannya di acara berkenaan.
Namun, isu mula timbul apabila deposit yang dijanjikan tidak dipulangkan dan individu terlibat didakwa memutarbelitkan cerita serta memburukkan nama Airra di media sosial.







