PENYANYI Zizi Kirana tidak pernah serik untuk kembali ke Syria biarpun pernah berdepan dua insiden pengeboman ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Azaz pada Mac 2024.
Pengalaman mencemaskan itu bukan sahaja tidak mematahkan semangatnya, malah menguatkan lagi tekad untuk terus membantu mangsa pelarian di negara bergolak berkenaan.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, berkata, dia bakal mengikuti rombongan bersama pertubuhan Cinta Salam Malaysia selama 10 hari bermula esok dan mengaku tidak sabar untuk bertemu kanak-kanak yang terkesan akibat konflik berpanjangan.

Walaupun pernah berdepan insiden pengeboman, Zizi tetap meneruskan misi bantuan kemanusiaan.






