SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya tidak membenarkan dia dan anak-anak ikut bersama selepas mendapat tawaran kerja di luar negara.
Menurut wanita itu, suaminya memberikan alasan kos sara hidup di negara berkenaan terlalu tinggi, tambahan pula anak-anak masih bersekolah.
Justeru, dia diminta untuk terus menetap di Malaysia dan menguruskan anak-anak manakala suami akan memberi wang setiap bulan seperti kehidupan pasangan jarak jauh (PJJ) lain.






