BAHAGIA yang dibina bertahun-tahun akhirnya runtuh sekelip mata dengan kehadiran orang ketiga.
Itulah ujian getir yang dilalui seorang wanita ini apabila rumah tangganya kini diambang penceraian gara-gara ‘disondol’ wanita lain.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu mendedahkan dia dihubungi seorang perempuan yang memohon maaf kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya sehingga terlanjur dan kini hamil.

Sikap jujur penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. -Gambar hiasan



