PENAMPILAN penyanyi dan penulis lirik, Fynn Jamal di konsert Atas Angin Festival yang berlangsung pada Sabtu lalu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan terkejut melihat kemunculan Fynn atau Nur Affina Yanti Jamalludin, 44, yang sebelum ini dikatakan tidak mahu membuat persembahan nyanyian secara terbuka.
“Apa sudah jadi kokping? (panggilan Fynn). Lama dia sembunyi untuk tidak buat persembahan. Ingat lagi dalam live orang minta dia nyanyi Terbang Tunduk pun dia tak nak, siap marah sebab minta benda yang dia dah tak buat iaitu menyanyi.

Netizen meluahkan kekecewaan di media sosial.





