PENYANYI Aina Abdul menyifatkan pemilihannya sebagai rakan duet kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun sebagai satu penghormatan besar dalam kerjayanya.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata dia tidak menyangka Siti memilihnya untuk membuat persembahan bersama.
"Saya terkejut kerana saya peminat Datuk Siti. Bagi saya, itu hari bersejarah untuk Tokti dan beliau berhak memilih sesiapa sahaja.
Aina anggap Siti sebagai idolanya.






