PENYANYI Wany Hasrita tampil mempertaruhkan single terbaharu berjudul Lembayung Tari yang mengangkat elemen pop etnik serta sarat dengan nuansa misteri.
Menurut Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, lagu itu cukup dekat di hatinya kerana memberi ruang kepada pendengar untuk ‘berhenti seketika’ daripada kesibukan hidup dan menikmati keindahan rasa melalui muzik serta seni tari.
"Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan rutin harian. Saya harap Lembayung Tari dapat menjadi teman yang menenangkan, walau hanya untuk beberapa minit," katanya.

Wany memberitahu lagu Lembayung Tari begitu dekat dihatinya.





