PENERBIT Erma Fatima dan personaliti TV, Saiful Nizam Ismail berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid Al- Nabawi, Madinah pada malam Sabtu.
Kejadian dipercayai berlaku ketika bas membawa seramai 20 penumpang itu melanggar sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan.
Menurut Saiful Nizam, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba namun keadaan berjaya dikawal dengan baik oleh pemandu bas.

Erma cerita semula detik kemalangan yang berlaku.





