USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan video dia dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang dilihat menyorokkan emas dalam kain hanya sekadar gurauan.
Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata, dia tidak menyangka perkara itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mendakwa dia mahu mencuri emas milik isterinya.
"Sebenarnya, saya dan isteri ada barang kemas masing-masing. Untuk content itu dia takut saya curi emas dia, sebab itu dia sorok dalam kain.

Aliff tiada niat cetuskan kecaman netizen menerusi video ‘content’ sorok emas bersama isteri.





