SIAPA sangka di sebalik wajah tenang pelakon veteran Harun Hashim, tersimpan kisah perit pernah hidup kelaparan dan menumpang tidur di jalanan demi mengejar impian menjadi anak seni.
Mengimbau detik awal memulakan karier lakonan sekitar tahun 1976, Harun, 70, mengakui dia bukan sahaja bergelut dengan kekurangan wang, malah pernah dihalau dari rumah oleh bapa kandung sendiri hanya kerana mahu bergelar pelakon.
Berbekalkan wang RM18 pemberian ibunya, Harun nekad tidak berpatah balik walaupun terpaksa menumpang tidur di kaki lima sekitar Stesen Bas Klang selama tiga hari.

Harun Hashim pernah menahan lapar dengan hanya meneguk air paip ketika aktif berteater – Foto ihsan: Kosmo!
Bermula dengan tidur di kaki lima, Harun Hashim kini dikenali sebagai antara wajah berpengalaman dalam dunia lakonan tempatan.



