SETIAP wanita mempunyai pertimbangan tersendiri sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, termasuk menilai latar belakang dan kemampuan kewangan bakal pasangan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita mencetuskan perbincangan apabila menyatakan secara terbuka pendiriannya yang mengelak untuk berkahwin dengan lelaki berstatus duda.
Menurut wanita itu, pandangannya bukan bertujuan merendahkan mana-mana pihak, sebaliknya sekadar berkongsi pendapat peribadi berdasarkan realiti kehidupan berumah tangga.






