PELAKON dan usahawan, Wawa Zainal, 35, pelik apabila terdapat individu yang mudah tertipu dengan sindiket penipuan hadiah lumayan di media sosial.
"Ya Allah, kenapa masih ramai yang percaya dengan perkara macam ni?
"Buat teka-teki kononnya boleh dapat hadiah sampai RM30,000, tapi akhirnya ada yang hilang RM500 sebab diminta buat bayaran deposit untuk ‘claim’ hadiah," katanya.

Wawa akui sedih lihat individu yang mudah tertipu dengan sindiket penipuan di media sosial.





