PENYANYI Khai Bahar menasihatkan rakan duetnya, Yulia Kamelia agar tidak mengambil hati terhadap kecaman segelintir individu susulan kolaborasi mereka menerusi lagu Toksik.
Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, berkata individu yang meninggalkan komen negatif terhadap Yulia bukanlah dalam kalangan peminat setianya, sebaliknya dipercayai menggunakan akaun palsu untuk melemparkan kecaman.
Menurutnya komen negatif begitu pernah terjadi setiap kali dia bergandingan dengan artis wanita lain.

Khai mendakwa individu menggunakan akaun palsu untuk mengecam rakan duetnya.






