SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika dia menyaksikan situasi dialami seorang pesakit yang ditemani anaknya di sebuah klinik pergigian milik kerajaan.
Menurutnya pesakit berkenaan berdepan kesukaran untuk membuat bayaran caj rawatan sebanyak RM2 kerana baki dalam kad bank tidak mencukupi.
Pesakit tersebut kemudian cuba membayar menggunakan wang tunai RM20, namun dimaklumkan oleh jururawat bahawa klinik berkenaan hanya menerima bayaran tanpa tunai.
Bukan semua pelanggan mempunyai wang mencukupi di dalam kad. -Gambar hiasan AI





