TERUS melakar sejarah hebat, bintang kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh bakal menerima pengiktirafan berprestij apabila namanya akan diabadikan di Hollywood Walk of Fame.
Pelakon berusia 63 tahun itu dijadual menerima pengiktirafan berkenaan pada 18 Februari depan bertepatan dengan hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.

Namanya bakal terpahat di Walk Of Fame pada 18 Februari depan.
Menurut laporan Variety, majlis berprestij anjuran Dewan Perniagaan Hollywood itu akan berlangsung pada pukul 11.30 pagi waktu Pasifik.






