PELAKON dan pengacara, Didie Alias sudah lali berdepan kata-kata kesat netizen mengenai penampilannya yang masih belum berhijab di usia 54 tahun.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, berkata dia tidak terkesan dengan sebarang kecaman dilemparkan, malah mengambil pendekatan menyekat individu berkenaan.
"Bila saya buat siaran langsung, memang ada saja komen-komen negatif. Ada yang masuk ‘live’ dan cakap macam-macam, termasuk kata-kata kasar.

Didie hanya mengekat akaun netizen yang mengecamnya.






