RUMAH tangga yang dibina atas dasar tanggungjawab semata-mata tanpa adanya komunikasi boleh meninggalkan luka emosi yang mendalam, terutamanya buat seorang isteri.
Demikian situasi dilalui seorang wanita yang meluahkan rasa terkilan terhadap sikap suaminya yang disifatkan baik serta bertanggungjawab namun gagal menghidupkan komunikasi dalam hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri.
“Aku seorang ibu yang bekerja. Suami aku baik… tolong mandikan anak, tolong basuh dan sidai baju kalau nampak aku sibuk masak atau jaga anak, kemas rumah.
Komunikasi berkesan penting dalam memastikan rumah tangga kekal harmoni. -Gambar hiasan AI



