SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya hanya menerima gaji sebanyak RM230 selepas bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier.
Menurut wanita itu, suaminya baharu sahaja menyertai syarikat berkenaan dan dimaklumkan semasa sesi temu duga bahawa pekerjaan tersebut adalah secara sepenuh masa dengan gaji asas serta komisen.
Namun, selepas mula bekerja, suaminya berjaya menghantar sebanyak 2,600 parcel, tetapi terkejut apabila gaji yang diterima jauh lebih rendah daripada jangkaan.
Cuaca yang tidak menentu antara sebahagian cabaran yang perlu dihadapi pekerja kurier. -Gambar hiasan AI





