PERANCANGAN seorang wanita untuk melangkah ke fasa lebih serius dengan kekasih berakhir dengan kekesalan apabila lelaki itu bertukar fikiran untuk tidak meneruskan pertunangan.
Menerusi hantarannya di Thread, dua hari sebelum keputusan itu dibuat, lelaki berkenaan masih berbincang tentang perancangan untuk menghantar rombongan merisik.
Namun apabila ditanya semula, dia tiba-tiba berubah fikiran dengan menyatakan rancangan itu tidak perlu diteruskan.






