PELAKON Dayang Areeda menepis dakwaan mengatakan perniagaan kafenya sebelum ini gagal sehingga memaksanya menutup operasi dan berpindah ke lokasi baharu.
Menurut Dayang atau nama sebenarnya Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, kafe yang terletak berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur itu ditutup bukan kerana kerugian, sebaliknya berpunca daripada masalah parkir yang menyukarkan pelanggan.
"Kafe itu kecil sahaja berbanding yang sekarang. Kawasan itu memang susah untuk parkir, jadi saya ambil keputusan untuk tutup," katanya.







