BEKAS anggota kumpulan Elite, Hana Adnan kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Rudie.
Perkara tersebut didedahkan oleh pelakon Azah Aziz menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik, Azah dilihat menghadiri majlis resepsi perkahwinan Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 48, dan sempat merakam detik penyanyi itu mengesahkan status perkahwinannya.

Azah mendedahkan perkahwinan Hana di Instastory miliknya.





