BUAT pertama kalinya, kumpulan Insomniacks berkolabrosi bersama penyanyi Yonnyboii menerusi single terbaharu mereka berjudul Bersuara.
Bukan seperti kebiasaan, Bersuara mengetengahkan sudut bunyi yang lebih berat dan agresif selain mesej berani dalam menyuarakan perasaan serta mempertahankan harga diri.
Menurut vokalis Insomaniacks iaitu Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal, dia mendapat idea untuk menghasilkan lagu ini berdasarkan pengalaman peribadi di mana pandangan dan suaranya seakan-akan diketepikan.

Gabungan Yonnyboii dan Insomniacks agresif.






