KEADAAN pelakon Along Eyzendy dilaporkan semakin kritikal selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor sejak petang Khamis.
Isteri kepada Along, iaitu Hamidah Mohd Yatim, berkata keputusan menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut, namun sehingga kini doktor masih belum mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut berlaku.
"Buat masa ini, keadaan Along sangat kritikal dan punca sebenar pendarahan dalam perut masih belum dikenal pasti. Keadaannya dilaporkan semakin merosot.

Along ditidurkan di ICU sejak petang Khamis.







