PELAKON Diana Danielle tidak dapat menahan sebak berkongsi kisah anak sulungnya, Muhammad, yang meluahkan rasa bersalah ketika dia sedang berdepan masalah kesihatan.
Kata Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, kata-kata yang diucapkan itu cukup menyentuh hati seorang ibu kerana keadaan Muhammad ketika itu tidak pernah sedikit pun membebankan dirinya.
"Muhammad ada minta maaf sebab dia rasa menyusahkan saya. Dia minta maaf sebab saya tidak boleh bekerja kerana menjaganya.

Muhammad mengalami lumpuh muka selepas diserang demam virus.






