SEORANG kakitangan klinik berkongsi kejadian mengejutkan apabila menerima panggilan daripada wakil sumber manusia (HR) sebuah syarikat bagi membuat semakan membabitkan seorang pekerja mereka.
Menurutnya, wakil HR tersebut menghubungi klinik untuk mengesahkan sama ada pekerja terbabit hadir mendapatkan rawatan pada tarikh tertentu.
Namun hasil semakan mendapati individu berkenaan tidak pernah hadir ke klinik pada tarikh dinyatakan.
Ada pekerja sanggup mengambil MC demi menjaga anak sakit selepas tidak dibenarkan cuti kecemasan. -Gambar hiasan AI





