ENGGAN berdiam diri, isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil mempertahankan anak tirinya, Thalita, selepas remaja itu menerima kecaman hebat netizen susulan pemakaian yang didakwa mencolok mata ketika majlis ‘gender reveal’ minggu lalu.
Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, Thalita kini berada dalam fasa ingin mencuba pelbagai gaya berpakaian seiring peningkatan usia, meskipun sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bertudung sepenuhnya.
"Dulu Thalita pernah cakap nak pakai tudung, tapi bila dia makin besar sedikit, persekitaran pun berubah dan ada keinginan lain pula.

Pakaian Thalita jadi kecaman netizen.






