PELAKON Diana Danielle meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan anak lelakinya, Muhammad, yang sebelum ini mengalami lumpuh muka, kini semakin menunjukkan perkembangan positif.
Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata Muhammad sudah mampu tersenyum dan menyebut beberapa huruf dengan jelas selain selera makannya yang semakin bertambah baik.
"Kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan Moe (panggilan Muhammad), saya ingin kongsikan perkembangan terbaharu. Dia sudah boleh senyum, cuma matanya masih belum boleh ditutup rapat sepenuhnya. Tidak mengapa, yang penting ada kemajuan.

Muhammad menjukkan perubahan yang baik.






