SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi sasaran sindiran ibunya hanya kerana hamil terlalu cepat selepas selesai berpantang.
Menurut wanita itu, ibunya tidak mahu dia pulang ke kampung kerana berasa malu apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak kedua ketika anak sulungnya masih kecil.
Katanya, sejak awal kehamilan bayi kedua lagi ibunya tidak henti-henti menyindir malah langsung tidak menjaga perasaannya sebagai seorang wanita yang sedang mengandung.

Wanita lebih mudah terasa hati ketika hamil kerana hormon yang tidak seimbang. -Gambar hiasan AI





