PENGACARA dan usahawan Neelofa menjelaskan video tular yang memaparkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal bukan rakaman baharu.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 37, berkata, dia agak terkejut apabila ada pihak kembali memuat naik video anaknya itu di media sosial.
“Sebenarnya video itu dah lama, ketika Bilal usia dua tahun. Video itu adalah untuk reviu produk dan masih ada di media sosial saya.

Neelofa tidak mahu terlalu berkongsi wajah anak di sosial media.






