REALITI kehidupan menyaksikan ramai individu mahukan pasangan baik, tapi dalam masa sama meletakkan rupa paras sebagai kriteria utama.
Seorang individu bercerita mengenai kenalannya yang meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman dirinya yang dianggap tidak bernasib baik dalam mencari jodoh.
Menurut pengadu, rakannya menyatakan bahawa hampir semua lelaki yang pernah dikenali suka mempermainkan perasaan wanita dan tidak setia.






