SEORANG wanita meluahkan apa yang terbuku di hati selepas berbual ringkas dengan suaminya mengenai bil elektrik yang mencecah RM300.
Ketika itu, dia yang sedang hamil kerap menggunakan penyaman udara kerana tidak sering berasa kepanasan.
Menurutnya, disebabkan terdapat peningkatan, suami memaklumkan tentang jumlah bil kepadanya namun kata-kata lelaki itu membuatkan dia berasa bersalah.






