PENYANYI Erika Foo terbuka menerima pandangan apabila ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang dengan penampilannya menyanyikan semula intro lagu Indah Percintaan yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagi Erika atau Erika Foo Hann Yi, 20, setiap komen yang dilemparkan adalah cara peminat menghargai karya nyanyian Biduanita Negara itu.
Malah, keputusan pihak syarikat rakaman Suria Records (SRC) untuk melakukan rakaman semula lagu berkenaan juga merupakan satu bentuk apresiasi terhadap muzik.

Kemunculan lagiu baharu Erika menimbulkan rasa kurang senang peminat Siti.






