PELAWAK dan usahawan Shuib berkongsi khabar gembira apabila bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi.
Meluahkan rasa syukur, Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, berkata dia dan isterinya, Watie Hanifiah tidak sabar menanti kehadiran bayi pertama mereka pada April depan.
"Watie dijangka bersalin awal bulan empat dan dia akan bersalin secara czer. Itu memang yang kami mintalah.

Shuib dan Watie teruja bakal sambut cahaya mata mereka bersama.






