PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengakui mengenali aktor popular yang ditahan polis kerana kes dadah pada Rabu lalu.
Zed atau Rozaidi Jamil, 46, berkata penahanan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan isu itu sudah berulang kali berlaku sebelum ini.
"Kenal. Saya sendiri tak terkejut bila pelakon itu ditangkap lagi. Kejutan itu dah banyak kali berlaku. Tapi kita nak buat macam mana, kan?" katanya kepada mStar.

Zed kenal pelakon ditahan polis itu terlibat kes dadah.






