KEADAAN pelakon Shamsul Ghau Ghau yang kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak kiri masih memerlukan pemantauan rapi.
Isteri kepada Shamsul iaitu Sharifah Azrinah memberitahu suaminya mengalami kesukaran bertutur dengan baik meskipun memiliki daya ingatan yang kuat.
"Dia seperti mengalami speech delay. Dia masih boleh mengenali wajah dan tahu siapa orang itu, tetapi apabila melibatkan sebutan nama, dia sukar untuk menyebutnya.

Shamsul sebelum ini berdepan dengan masalah darah beku di bahagian otak.






