PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata lelaki ketiga pada Rabu lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, menerusi hantaran di Threads miliknya pada Jumaat.
"Pewaris takhta yang baharu, raja nombor tiga sudah tiba," tulisnya ringkas.

Keadaan Uyaina sebelum kelahiran anak ketiga.





