BERKONGSI pengalaman di set penggambaran, aktor Qi Razali pernah berdepan situasi mengejutkan apabila ada pelakon lain yang bertindak di luar jangkaan tanpa melakukan perbincangan awal.
Kata Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, pengalaman itu mengajarnya tentang pentingnya komunikasi antara pelakon ketika berada di lokasi penggambaran.
“Pernah terjadi pada saya, seorang pelakon bertindak tanpa berbincang terlebih dahulu. Ketika itu, ada babak yang tegang, dia tiba-tiba mengambil kotak rokok dan membalingnya ke arah muka saya tanpa sebarang perbincangan.

Qi anggap tindakan spontan tanpa berbincang kurang menghormati rakan pelakon.






