PELAKON Puteri Balqis tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung tuduhan netizen yang mendakwa bapa tirinya, Farris mengambil dadah susulan tular satu foto di platform Threads.
Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan berpunca daripada hasutan pihak yang berniat jahat.
Kata Puteri Balqis, bapa tirinya juga sangat menjaga batas pergaulan terutamanya di set penggambaran.







