TANPA berfikir Panjang penyanyi Nabila Razali mudah memberi kata setuju untuk memenuhi permintaan peminat, iaitu Zahra Sumayyah yang menghidap penyakit leukemia.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, berkata pertemuan itu sangat menyentuh hati kerana permintaan Zahra mahu meraikan sambutan hari lahir bersamanya.
“Hari ini (Isnin) nak kongsi satu momen yang betul-betul buat hati Bella (panggilan Nabila) luluh. Bella dipertemukan dengan adik Zahra Sumayyah, pesakit kanser darah (leukemia).

Nabila (kiri) menyantuni peminatnya yang menghidap penyakit leukemia.






