BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali memberikan penghargaan istimewa kepada isterinya, Intan Syafinaz sempena sambutan ulang tahun perkahwinan kedua mereka yang berlangsung di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur, pada malam Isnin.
Menerusi ucapan penuh romantis, Safee atau Mohd Safee Mohd Sali, 42, menyifatkan Intan sebagai individu yang setia meskipun melalui fasa paling sukar dalam kehidupan, termasuk saat terpaksa membina semula hidup daripada titik permulaan.
"Intan memilih untuk berjalan bersama saya ketika saya bermula daripada kosong.

Safee ketika memberi ucapan penghargaan buat isterinya.






