MEMULAKAN pengajian di sebuah kolej sejak awal Januari lalu, penyanyi Hadie Elfardie memberitahu dia harus membiasakan diri dengan persekitaran baharu selain bijak dalam memilih rakan sebaya.
Biarpun sudah terbiasa bergaul dengan pelbagai peringkat usia, namun Hadie, 18, tidak mahu tersilap langkah atau terlupa fokus terhadap pelajaran dan kerjaya seni.
“Sejak dahulu pun dah berkawan dengan pelbagai jenis orang, jadi tiada masalah untuk bergaul. Kawan-kawan di sana pun ramai bekas pelajar tahfiz. Jadi semuanya baik-baik sahaja.

Hadie mahu seimbangkan kerjaya seni dan pelajaran.






