PELAKON Janna Nick terus menjadi sasaran netizen yang meluahkan rasa benci susulan kontroversi melibatkan dirinya dengan aktres Puteri Balqis.
Bukan sekadar menyentuh isu yang sedang berlaku, malah ada juga yang mengeluarkan kata-kata buruk terhadap pelakon itu.
Lebih teruk lagi apabila terdapat komen yang menyentuh perkara sensitif, termasuk memanggilnya mandul kerana belum dikurniakan cahaya mata.

Antara kecaman diterima Janna.






