PELAKON Shamsul Ghau Ghau dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang susulan mengalami pendarahan beku di bahagian otak.
Perkara tersebut dikongsi oleh rakan artis iaitu aktres Sheila Mambo yang mendapat maklumat daripada isteri pelakon berkenaan.
“Kami berlakon sama, tetapi dia tidak datang ke set pagi ini (Sabtu). Jadi saya pun hubungi isterinya untuk bertanyakan perkara itu.






