PENYANYI dan pengacara, Elly Mazlein, menyifatkan pujian pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun terhadap penampilannya sebagai satu kata semangat untuknya terus istiqamah dalam menggayakan tudung mengikut cara yang betul.
Bagi Elly atau mesra disapa Kak Lina, 45, kata-kata daripada seseorang yang memiliki ilmu agama amat bermakna, selain dianggap sebagai doa agar dia kekal berusaha ke arah kebaikan.
"Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya mengakui berasa sangat terharu. Kata-kata pujian dan doa yang diberikan membuatkan saya rasa dihargai.

Elly mahu terus istiqamah.






