PELAKON Nur Fazura nekad mengumumkan dirinya tidak lagi terlibat dalam mana-mana penggambaran drama televisyen di semua stesen penyiaran.
Menurut Fazura, 43, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat, namun mengambil langkah itu selepas mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk komitmen terhadap keluarga.
"Secara rasminya, saya memang bersara daripada berlakon drama untuk semua stesen televisyen. Namun untuk filem, saya masih terbuka untuk melihat dan mempertimbangkan projek yang sesuai," katanya kepada mStar.

Fazura dan Fatima ketika diumumkan sebagai rakan kolaborasi Jakel 2026.






