Viral

‘Siap ada anak kecil ya ALLAH’, lelaki terkejut polis beritahu homestay dijadikan markas penyamun

NIAT menyediakan penginapan yang selesa bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang pengusaha sebuah rumah inap desa (homestay) mendakwa kediaman miliknya yang berlokasi di Sepang, Selangor dijadikan tempat persembunyian kumpulan penyamun baru-baru ini. 

Menerusi satu perkongsian tular di Facebook pada Rabu, lelaki dikenali sebagai Arif Asri berkata, insiden itu terbongkar selepas dia menerima panggilan telefon daripada pihak polis yang kemudiannya disusuli kehadiran jiran-jiran ke homestay berkenaan .

Arif mendakwa homestay berkenaan dipercayai dijadikan tempat penginapan sekurang-kurangnya tiga keluarga yang terlibat dalam kegiatan samun, malah lebih mengejutkan apabila terdapat kanak-kanak kecil bersama kumpulan terbabit.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh